Alhamdulillah.... syekin diberikan peluang kali kedua untuk mengandung. "weiii aku mengandung lagi la... ALHAMDULILLAH...!!!"
Masuk je 7 bulan, kena cop GDM pada buku Pink.. wokeyhh... kencing manis... Jadi kena kawal makan tu. Jangan terlampau banyak. Makan sikit tapi kerap... (tu la hakak-hakak nurse pesan selalu).
Mula2 masa anak pertama, pening juga nak makan nasi tengahari je gula mesti naik. Saya memang kena makan nasi. Kalau tidak lapar je memanjang. Teruk sangat2 kelaparan tu... hahahaa...
Ini pun telunjuk ajar nenek-nenek & opah-opah saya. Ramai bagi nasihat dan dorongan. Terima kasih banyak2. Banyak petua saya dapat masa anak pertama dulu...
Paling pantang ada 3 jenis, iaitu :
1)Pisang
Makan sikit nak lepas mengidam ke teringin ke boleh... Opah pesan segigit je. Jangan nak sebiji pisang tu. Pisang ni buah paling jahat. Bak kata opah la... Pisang goreng ke kan. Makan segigit dua jadilah lepas perasakan lidah tu. Jangan sebiji ye. Gula naik nanti...
2) Air Berkarbonat/Air bergas
Yang ini lagi jahatnya melenting-lenting. Tahap dewa la orang kata!. Kalau teringin la juga nak minum.... ambik la seteguk dua je. Jangan 5 - 6 teguk. Lagi2 secawan!!!
3) Kacang Panjang
Yang ini saya tak pasti lah punca gulanya dari mana. Tapi memandangkan bidan kampung kata pantang makan. Jadi, saya pun pantang la.. Hehehehee...
CARA MAKAN NASI UNTUK IBU MENGANDUNG KENCING MANIS
Cara ini saya amalkan dari kandungan pertama lagi dan berterusan mengandung anak kedua. In syaa allah menjadi. Gula naik pun sedikit je. Kita ikhtiar dan cuba ye... Apa2 pun berserah pada Allah S.W.T.
Setiap kali makan nasi kena ambil ULAM-ULAMAN.
YE! KENA AMBIL ULAM-ULAMAN!!! Contoh hidangan dalam satu pinggan nasi suku, ikan goreng/lauk & ulam-ulaman (mentah/direbus). Nak sayur bergoreng pun boleh tapi kena sikit je ambil. Tapi setakat ini, sayur bergoreng pun berisiko bacaan BSP naik mendadak. Setakat ini, sayur bergoreng/berkuah memang tak menjadi. Nak kena mentah/direbus sahaja yang menjadi...
Antara Ulam-ulaman yang baik adalah daun selom, pucuk ulam raja, pegaga, petai, peria, sayur bendi.
Untuk daum selom ni saya suka makan mentah. Lagi pun tak pahit. Sama lah juga pucuk ulam raja. Memang sedap!. Petai lagi bagus makan dengan kulitnya sekali. Direbus ye... memang mengancam!
Peria ni pula opah pesan peria katak. makan mentah/direbus. Lagi la bagus tapi jangan makan selalu sebab terlampau pahit tak elok juga untuk baby. Bak kata opah la... Kita ikutkan aje... Waktu kena puasa ambik darah tu, makan la peria katak rebus ni. Haa... esok makan la ulam lain.
Sayur bendi saya rebus. Opah kata elok untuk ibu mengandung 8 bulan ke atas. Memudahkan bersalin...
Daun Selom
Pucuk Ulam Raja
Pegaga
Peria Katak
Petai
Sayur Bendi
Semoga anda ibu-ibu sekalian dapat bacaan BSP dengan baik. Pagi2 tu bacaan kena kurang dari 4.6 tau.. Jika tidak..., lagi naik tinggi. lagi susah nak kawal makan waktu petang tu..
PreBreakfast (8 - 9am) : < 4.6
Pre/Post Lunch (12 - 1pm) : (4 - 6.7)
Pre/Post Dinner (3 - 4pm) : (4 - 6.7)
Pre/Post Bed (6 - 7pm) : (4 - 6.7)
Kencing manis ni bahaya untuk ibu mengandung. Anda boleh search google bahaya nya ye... GOOD LUCK!
Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.
ReplyDelete▪
Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
▪
Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.
▪
Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi
▪
-Kaki luka bernanah
-Badan letih dan lemah akibat kencing manis
-Paling penting dapat lindungi buah pinggang
-Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
▪
🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
▪
Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit
▪
Stabil kan gula kembali..paling penting dapat menjaga buah pinggang!
▪
Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
▪
Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻
NOTE :
Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.
Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.
En mohd zuhairi 0174687570
En mohd zuhelmi 0111 63 82 044
#sharing is caring