Assalammualaikum...
Kali ni kami sekeluarga berpeluang ke PERLIS. yelah... bukan senang nak kumpul semua sekali. lagi pulak dah kawin kan... masing-masing ada tanggungjawab dan peranan dalam keluarga sendiri. So... ni travel kecil kami. PADANG BESAR dan NAT POKOK GETAH. Kat sini al-kisah padang besar jelah ye. Nat Pokok Getah kita sembang lain hari. heheheee...
Kami bukan bercuti sakan pon. Kami rindu dengan mak su kami kat Felda Rimba Mas tu. mak su comel kami... dah dekat sangat kan dengan padang besar dan nat pokok getah. ape lagi... kami berjalan-jalan le cuci mata... hilang sikit habuk dan stress kerja kan... hehehee...
PADANG BESAR, PERLIS.
Padang besar ni merupakan pekan bersebelahan dengan Songkla. Jika anda dari bandar Kangar, makan masa lebih kurang 30 - 40 minit perjalanan ke sini. Susah sangat anda waze je. Jika tak jumpa juga cari waze ke UNIMAP. haaa... dari UNIMAP tu anda jalan terus akan jumpa Ladang Tebu Chuping (sejak tahun 1968 - 2013). Kiri kanan anda saujana hijau mata memandang. Tapi sejak tahun 2013 ladang tebu sudah tidak beroperasi kecuali Kilang Gula Felda Chuping yang beroperasi mengimport gula mentah dan menghasilkan gula putih untuk pasaran tempatan. Sekarang sudah bertukar ke tanaman getah dan sawit yang terbesar oleh Felda Global Venture Berhad.
Padang Besar memang terkenal dengan barang murah. Syurga buat orang perempuan shopping. Orang perempuan ni dapat barang yang dihajati dengan harga murah, lebih cantik dan berkualiti dari tempat lain. memang seronok berbunga-bunga lah hati tu kan... hehehee...
|
Motorsikal dari Thailand. Kebanyakkannya adalah pemilik peniaga di sini |
|
Tandas disediakan. tapi kurang memuaskan lah bagi saya |
Pekan Padang Besar ada sebuah kompleks bangunan yang dipanggil Arked Niaga. Orang sini slalu panggil Arked. ada juga kedai-kedai di luar Arked. Orang sini kata di luar Arked lebih murah dari dalam bangunan Arked. Gunakan kepakaran anda tawar menawar untuk dapat harga yang lebih murah. Pusing-pusing dulu cuci mata. Lepas tu tawar menawarlah ye. Jangan risau.. barang tak kan habis!!! Jangan datang waktu cuti sekolah ye. RM1 pun belum tentu dapat kurang. lagi pulak ramai! Parking pun susah tau...
Rata-rata peniaga dari Thailand dan Malaysia. Berpuluh kedai dalam Arked ni. belum di luar lagi...
|
Dalam Bangunan Arked Niaga |
Target kami jersey football. memang murah. Gred AAA Rm40.00 - Rm55.00. tak kan anda jumpa harga serendah ini. kecuali di sini...
|
Tuan Kedai siap tunjuk Koleksi lagi |
|
Jersey Rm20.00. nak lelong kasi habis!!! Rm10.00 pun ada... |
|
Salah satu kedai jual Jersey dalam Arked Niaga |
Target kedua saya baju anak lelaki intan payung saya ni. Baju baby lelaki lagilah payah nak cari yang cantik. Apatah lagi dengan harga yang murah. Tawar punya tawar dapat seluar harga RM40 untuk dua pasang.
|
Seluar umur setahun ke bawah. Rm20.00 - Rm30.00 |
|
Pelbagai beg wanita |
|
Handbag gred AAA |
|
Rambang mata tengak tau! Semua nak... |
|
Pilihan di tangan anda. hehehee... |
|
Gelang bersadur Emas, silver |
No comments:
Post a Comment