Friday, 30 June 2017

KERETA AKU ROSAK TERSADAI DI TEPI HIGHWAY...???!!! APA YANG BERLAKU MEMANG GELI HATI...

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya 2017 Semua...

Pakat balik kampung kita rakyat Malaysia ni. Duduk di bandar lama macam mana pun. Kampung tetap di hati...

Yang ada ibubapa, jenguk-jenguk lah mereka. Mereka nak tengak kita je. Tak hadap pun duit kita...

Orang lain seronok balik kampung beraya. Aku, malam raya bakar lemang tepi lebuhraya... wakakakaa....

Tepat pukul 10.00 malam kami gerak dari Gombak. Barang paling banyak beg anak. ibu abah Haikal beg satu je. Haikal lebih dari dua beg.. Hahahahaa... sayang kan anak la...

Jalan tak sesak sangat. Minyak isi penuh. Kad TNG pun dah isi. Jadi kami sekeluarga bergerak lah dengan hati girang...

Sekali sampai kat Sungai Buloh.... 'Ting... Ting... Ting...' ada bunyi lah... Suami berhenti tepi. (cari jalan yang lurus, jalan selekoh jangan nak berhenti. BAHAYA!!!)

Allahuakhbar... Tayar rosak. tak boleh jalan plak tu.

Apa lagi... cari lah telefon Plus. Beria lah jalan kaki. Sekali kami guna telefon rosak. Bisa!

Kami call guna HP. Plus terima report dari kami. Jadi kenalah tunggu Peronda Plus sampai dalam masa 30 minit...

Tunggu punya tunggu ada lah nak dekat sejam baru sampai Peronda. Ok.. suami sembang, rosak tang mana, itu ini. Peronda beritahu, tunggu towing sampai. Ok, kami tunggu...

Korang tau berapa lama kami tunggu towing pula? Sejam bro! Total 2 jam tepi highway bro! Jam dah pukul 1. Cuaca memang sejuk lah. Jangan kata, Anak nasib baik tidur... Takda lah nak meragam.

Tapi... bab jeling menjeling si suami tu memang ada lah adegan tu... Suami senyap je... Tahu wife tengah marah kot. Hahahahaa...

Sementara kami tunggu towing ni, ada pulak sorang mamat ni datang offer nak bawa aku dengan anak ni pergi RNR yang berdekatan. Kesian katanya, tengak anak. Suami aku tolak la perlawaan dengan baik kan. Mamat ni suruh suami tanya kat aku lagi, nak ke tak nak...

Aku dengan selamba cakap lah... Saya tak nak lah... Baik saya naik dengan peronda tadi tu. Saya bukan kenal awak pun. Suami senyum je... Hmmm...

Dia pun blah. Kami ni gugup jangan kata lah. Mestilah takut... Yelah, duduk pagi pagi buta tepi highway. Towing tak sampai-sampai lagi. Ada pula orang lelaki yang tak dikenali datang offer nak bawa anak bini pergi RNR. Orang gile je yang ikot OK! huh...

Elok je mamat tu dah pergi. Ada pula mamat motor ni berhenti. Suami dah gelisah, sorok beg duit. Hati-hati nak hadap sebarang kemungkinan yang jadi. Rasa risau, takut jangan kata lah...!!!

Mamat motor ni matikan enjin motor dia. Seluk saku, ambik HP dia... Saya pun cakap kat suami, "dia matikan enjin pula bii...".Suami dah bersiap siaga nak jaga anak isteri. Hahahaa... Kelakar pun ada tengak telatah suami.

Mamat motor tu jalan perlahan-lahan kat kami. "Dia nak pergi mana ni bii... Ha dah sudah bii..." Saya cakap kat suami macam tu. Lagi lah buat dia resah. Hahahaa... Bukan senang tau nak usik suami. Lagi-lagi waktu kemuncak macam ni. Haa... padan muka. Pandang mudah sangat dengan penyelenggaraan kereta. Kan dah jadi macam ni. Tersadai kita tepi jalan. Jual lemang pun laku ni... Hehehehe...

Eh... dia ni nak g mana? ha... ha... ha... "ketup! kranngg..." La... mamat motor tu masuk dalam longkang!!! Saya dan suami perhatikan sahaja dia. Dan yang peliknya, kami ni nampak setiap detik setiap saat dia jatuh dalam longkang tu. Tapi kami tak gelak langsung. Takut punya pasal. Risau mamat motor ni perompak!

Mamat motor tu bangun lah. Keluar dari longkang tu. Senyum tersengih-sengih sambil tengak HP. Terjengkot-jengkot juga lah dia berjalan. Keluar rokok. Hisap sebatang. Dia pun blah...

Tinggal lah kami sekeluarga 4 orang... Dah lama tu tetiba kami teringat balik detik mamat motor tu jatuh longkang. Kami gelak sakan lah... Allah sahaja yang tahu geli hati ni...

Hahahahaaa.... kesian. macam mana lah kaki dia. Dah OK ke belum. Hahahaha!!! Oppsss.... sorry. Terlebih pula ketawa...

Towing plus pon sampai... tariklah kereta kami ni...

Kalau towing plus tiada bayaran ye. Memang percuma. Tapi nak tunggu tu memang azab lah... dua jam bro! Nak cepat, pergi call swasta punya. Sediakan wang RM 300- RM500. Kereta settle.

Sampai RNR. Kami call adik, minta tolong ambik. Alhamdulillah.... Selamat kami dari segala kejahatan. Syukur sangat.

Yelah, sekarang macam-macam kes. Kes ragut, culik, merompak, rogol... Jangan lah kita atau adik-beradik kita yang kena.

Sepanjang menunggu tu. Ayat kursi aku baca ulang kali....










Thursday, 2 February 2017

BEKERJA SAMBIL BELAJAR

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah... allah bagi kesihatan yang baik pada kita semua hari ni... artikel saya kali ini pengalaman saya bekerja sambil belajar dulu.
BEKERJA SAMBIL BELAJAR... topik yang sangat2 saya suka bincangkan dengan rakan2 sekerja dulu. 
Antara soalan yang kerap bermain di minta kita...
- Boleh ke bekerja sambil belajar ni...?
- Gaji aku sikit je, nak bayar hutang bank lagi. Cukup ke nak bayar yuran...?
- aku risau belajar sekerat jalan lah... kena ada kawan baru lah semangat melantun-lantun...
- aku nak kawin, banyak nak pakai duit...
- universiti tu jauh... nak ulang alik ni penat...
- aku dah tua lah... nak jawab periksa pon semput...
Hahahahaa.... Macam2 kan... Ini bergantung kepada niat kita nak selesaikan masalah dan mengaturkan jadual seharian kita. Dah sambung belajar ni, jiwa memang kena kental dan sabar kena tinggi... Jangan putus berusaha!
Dulu gaji saya pon rendah je. Tak sampai 2k pon. Tapi semangat dan cita2 yang tinggi nak dapat Diploma. Saya teruskan juga walaupon ada perasaan curiga dan was2...
Saya takda geng, kawan lagi lah takda. Saya daftar terus. Alone! Saya redha je. Semoga Allah Taala pertemukan saya dengan rakan2 yang baik hati di dalam kelas itu nanti...

Ini Tips Saya Beri Nak Sambung Belajar Sambil Bekerja...

1) Pasang Niat
Niat kena ada ye. Dengan niat ni lah yang buat kita rasa bersemangat nak teruskan cita2 kita tu. Jangan putus asa!

2) Survey Universiti : Jurusan, Lokasi (dekat) & Yuran (mampu bayar)
Dapatkan universiti yang sesuai dengan jurusan yang anda mahu ambil. Paling penting universiti berhampiran dengan anda. Jangan lupa yuran pendaftaran anda mampu bayar.
Saya dulu untuk permulaan saya memang tak mampu nak bayar yuran semesta pertama beribu tu. Saya niat nak sambung belajar awal tahun depan. Jadi saya mula kerja part time sebagai cashier di sebuah pasaraya. masuk kerja pukul 6.00pm - 10.00pm (4 jam). Saya dulu kerani, jadi balik kerja pukul 5.30pm tu terus bersiap tukar baju kerja cashier plak. Rezeki saya office dengan pasaraya tak jauh. Ambil masa 5 minit sahaja untuk sampai.
Saya target simpanan RM 2K. Ambil masa 7 bulan jugak lah nak simpan.
Jika lokasi university tu jauh sedikit. Contoh saya dari Gombak ke Shah Alam, saya naik LRT & KOMUTER. Pandai2 lah bahagikan masa. Keluar awal nak ke kelas. Maklum jelah nak naik KTM bukan setiap minit ada. Pernah tunggu 2 jam!
Saya takda kereta, pengangkutan awam je saya guna. Ada saudara mara untunglah boleh tumpang semalam. Takda, kena ulang alik. Takpun, tido lah hotel/hostel universiti… Tumpang kereta kawan tu, hulur2 lah duit minyak tau...

3) Pendaftaran
University dah pilih, jurusan dah tetap di hati, yuran pun dah cukup untuk dibayar. Lapangkan dada untuk pendaftaran. Saya dulu pun macam tak percaya je, betul ke aku nak sambung ni… setan tu main2 lah kita. Iman kena kuat… hehehee…
Bukan yuran je kena fikir, baju baru beli lah 2 ke 3 pasang yang baru. Nak pergi kelas kan. Asalkan sopan, menutup aurat. Stationary kena lengkap. Kos pengangkutan lagi. Standby awal2 semua tu selepas mendaftar ye. Buat sebelum lagi bagus!

4) Maniskan senyuman, Jangan Sombong. Peramahlah!
Dah masuk ke kelas tu, pandai2 lah bawa diri cari kawan. Sembang2 lah… jgn sombong sgt… kita kawan sekelas ni jgn nak sombong sgt. Nnt orang tak nak berkawan dengan kita. Ini memudahkan urusan kita bile buat tugasan berkumpulan. Boleh kongsi nota jika kita tak hadir/cuti sakit. Untung2 anda berjumpa dengan rakan sekelas yang baik hati mcm rakan2 sekelas saya dulu… memang baik… apa yang saya tak faham mereka ajar. Tak kedekut ilmu langsung. Semoga murah rezeki kalian…

5) Sabar! Jangan putus Asa!
Masa kita belajar nil ah mcm2 ujian yang mendatang terutama soal kewangan. Stress di tempat kerja, kena marah dengan bos, ujian markah teruk, lecturer tak suka kan kita, jatuh sakit, kita kemalangan, nk pergi kelas pon bertongkat, putus tunang, boyfriend main kayu tiga belas. Ishh semua adalah. Elok plak time final exam… lagi kuat ujian stress tu tau. Jadi kena sabar! Jgn putus asa! Habiskan juga belajar tu k… Doa, solat... jangan tinggal. itu yang membuat hati kita tenang...

6) Bijak bahagikan masa belajar dan siapkan tugasan
Ini amat2 penting! Saya naik LRT & KOMUTER. Sambil tunggu LRT/KOMUTER saya study sikit. Buat nota ringkas ke. Dekat rumah, sambil tonton TV tu peganglah nota. Waktu iklan, belek lah nota lecturer bagi tu. Baca dan fahami. Jgn iklan pon kita tengak juga. Hahahaa… masalah tu. Nak tonton TV ke konsert ke, boleh… tak jadi hal jika anda pandai mencuri masa sedikit. In syaa allah…
Tugasan lecturer bagi kena lah siapkan. Balik kerja buat je. Jangan nak melepak je dengan kawan. Saya dulu jangan kata nak melepak, pergi kenduri kawan pon tak sempat sebab kelas hujung minggu. Asyik kena maki je dengan BFF. Hahahaa… Masa kita tu kena korbankan. Termasuklah hari raya. Orang beraya, kita pegang nota ringkas. Bawa ke hulu ke hilir nak ingat formula. Ambik SPM pon tak mcm tu. Jangan malu, saudara mara akan bangga dengan kamu bila mereka dapat tahu anda BEKERJA SAMBIL BELAJAR! Errkk… klu ada yang kutuk, perli2 tu. Dia dengki. Bukan ape… wakakakaa….
Guna buku 555 untuk rekod segala tugasan lecturer beri, tulis exam bila, kuiz bila. Jangan lupa tu… nanti kita lupa. Study last minute takpa lagi. Jangan lupa. Lagi bahaya! Saya guna buku 555 je sebab murah, kecik dan senang nak selit dalam pensil box. Hehehee…
Datang awal ke kelas. Sambil menunggu rakan2 kelas kita sampai, kita study sikit sebelum kelas bermula. Baru rasa berbunga2, tenang, rasa seronok nak belajar tu hadir dengan sendiri… takda lah kelam kabut, berdebar2. Lagi2 penat…

7) Bantuan Pendidikan
Pelbagai cara bantuan pendidikan. Antaranya adalah :

i)              Potongan KWSP :
Anda boleh ambil KWSP akaun kedua untuk membayar yuran. Ikut pada kemahuan anda untuk bayar yuran anda dahulu baru buat pemotongan akaun kedua atau KWSP direct bayar ke university anda.
Saya ambil langkah paling mudah dan cepat. Saya bayar yuran dahulu, lepas tu baru buat pemotongan KWSP. Mereka akan transfer terus ke account bank simpanan kita. Tunjuk slip bayaran yuran & isi borang. Cara ni lagi mudah dari minta KWSP bayarkan ke university. Prosidurnye banyak saya tak ingat step by step mcm mn. Nanti anda rujuklah sendiri di KWSP ye.
ii)             Bantuan pendidikan BAITULMAL :
Memandangkan saya duduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadi saya mohon di KL baitulmal. Anda rujuk baitulmal negeri anda. Gaji kena lah rendah ye. Gaji saya kecik je… tu boleh ambil baitulmal…
iii)          PTPTN
Saya dulu belajar tak ambil PTPTN. Sebab tu lah saya dapat keluarkan KWSP.
iv)          Bantuan dari majikan anda :
Bos saya benarkan saya print tugasan, guna barangan office untuk belajar. Kita nak pinjam apatah lagi nak ambik kenalah minta izin dari tuannya. Makan gaji buat cara makan gaji. Sehelai kertas pon berkat tau kita nak belajar… ingat tu! Lagi pun kita nak daftar memang kena ada surat dan kelulusan dari pihak majikan. Klu tak... susah nak diterima masuk.

8) Sokongan orang disekeliling kita
Ini memang kena ada! Salah satunya rakan sekelas kita. Walaupon keluarga ada yang membantah anda sambung belajar. Anda kena sabra banyak2 kena kuat. Tahan telinga tu dengan segala tomahan dan cacian… jadikan kawan sekelas teman rapat anda. Teman untuk belajar ye. Bukan sesi luahan perasaan anda. Nanti emosi mereka plak yang terganggu sebab risaukan kita… hehehee…

Jika ada adik beradik kita, saudara mara kita bekerja sambil belajar ni. Berikan sokongan yang terbaik kepada mereka. Bukan mudah nak tamatkan pengajian bertahun-tahun tu. Lagi2 dah berumah tangga. Saya paling respect kepada rakan2 kita yang sudah berkahwin, bekerja sambil belajar. Nak uruskan rumahtangga lagi, uruskan anak lagi. Sakit demam anak lagi... Anda semua memang hebat... Perempuan mengandung... aduh... memang tabah... tu belum bawa anak ke kelas sebab pengasuh cuti... Sabar itu Iman...

Setakat ini jelah perkongsian dari saya. Good Luck!














Tuesday, 17 January 2017

BERSALIN DI HOSPITAL KUALA KANGSAR, PERAK

Assalammualaikum...

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri bersalin di Hospital Kuala Kangsar, Perak pada penghujung tahun 2015.

Suasana di Pintu Masuk Hospital Kuala Kangsar, Perak
Saya berkahwin pada tahun 2014. tak sampai pun sebulan bunting pelamin. Alhamdulillah... "cepat benor meleqatnye ye..." bak kata opah aku... "rezeki opah..." kita balas dengan senyuman ye.. Rezeki dari Allah Taala jangan dipertikaikan cepat atau lambat. Yang penting bahagia...

Saya memang anak jati Kuala Kangsar, Perak. Niat di hati memang nak anak pertama kami dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak. Ada satu masalah, saya ada kencing manis masa mengandung dan Hospital Kuala Kangsar ni Hospital Daerah. Bukan Hospital Besar. Jadi, memang tidak ada doktor pakar bedah di sini. Semua pesakit yang disarankan membuat pembedahan akan dihantar terus ke Hospital Taiping, Perak. Walaupun anda telah daftar masuk ke Hospital Kuala Kangsar dan sakit nak bersalin sangat-sangat. Anda ada masalah ketika melahirkan anak anda dan harus dibedah... Anda tetap akan dihantar van ambulance ke Hospital Taiping.

Niat punya pasal, kawal pemakanan dan emosi kena stabil! Alhamdulillah... doktor dan nurse mengesahkan saya boleh bersalin di mana-mana hospital yang saya mahu.

Hari Telah Tiba...
Tiba masa sakit, suami hantar ke Hospital Kuala Kangsar. Buku Merah tu kena bawak tau! dan I.C ibu... jangan tinggal. Sediakan semuanya dalam satu bakul/beg. Senang nak ambik.

Baca doa sebelum melangkah ke Hospital
Doa Nabi Yunus a.s dalam surah al-Anbiya' ayat 21:87. Doa ini bacalah sentiasa. jangan lekang dari mulut tu. Moga-moga mudah bersalin dengan izin Allah...
Surah Al-Anbiya' ayat 21:87
“Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri.”

Niat dalam hati moga kita mudah bersalin...

MULA DAFTAR MASUK WAD BERSALIN
Sampai di Kaunter Kecemasan suami beritahu isteri saya mahu bersalin dan daftar wad. Cerita dengan tenang ye. Jangan bagi orang terkejut. Isteri nak bersalin. Pasti semua kaum lelaki berdebar-debar kan... Tidak terkecuali suami saya. hehehee...

"Puan nak kerusi roda ke?" abang nurse tu tanya. "tak perlu bang, saya jalan saja". lebih elok saya berjalan kaki dari manjakan diri dengan kerusi roda. Alhamdulillah, masa itu saya boleh tahan lagi rasa sakit di pinggang...

Seorang nurse akan mengiringi anda ke wad ibu bersalin. Walaupun ini hospital daerah tapi mereka masih menitikberatkan soal keselamatan ibu bersalin. Jangan risau ye... Tawakal dalam hati.

Saya sempat lagi curi pandang suami saya. Memang wajah susah hati sungguh. "kenapa muka mcm tu...?" saya tanya suami. "risau... nyawa anak isteri. Dua-dua abang sayang. Bertarung nyawa ni. Risau..." jawab suami. Hmmm.... saya balas dengan senyuman. Jangan kan suami. Saya lagi melantun-lantun risau!

Nurse minta buku pink (buku rekod dan prestasi sepanjang ibu mengandung). Dia tak minta pun I.C. Hmmm... Memang buku pink ni lebih penting dari I.C. ye.. hehehe...

Saya di bawa ke bilik dahulu untuk scan perut dan denyutan nadi. Mereka akan semak laluan kita buka berapa cm dan keputusan samada saya boleh bersalin normal atau bedah. Alhamdulillah... saya boleh bersalin normal. Semestinya di Kuala Kangsar ni..

Bukaan baru 2cm! "Adik masuk wad dulu lah ye... dah 2cm ni, kami x boleh bagi adik balik. Biar kami uruskan adik di sini..." nurse sarankan masuk wad. Memang mana-mana hospital kerajaan dah admin masuk memang tak boleh keluar dah. Ingat tu!

Selesai semua, saya ke katil. Bukan jalan sorang-sorang tau. Kena teman dengan nurse. Nurse tu risau jika jadi apa-apa ke dia juga yang susah. alololooo... baik lahai... 

Sampai di katil saya tengak barang-barang saya lain. Lain bentuk bakulnye, lain warna beg nye. Saya belek ni bukan saya punye tp katil saya. Laa... nurse tu salah letak barang. dia ingat barang saya rupanya kepunyaan orang lain. Hahahaa... ketawa saya.

Saya hubungi suami. Suami di surau. Wad bersalin tu dekat dengan surau. Jadi para suami tengah tunggu isteri boleh la rehat atau tumpang tidur di surau. Parking pun sebelah bangunan sahaja. Tak perlu nak berjalan jauh-jauh. Lagipun, hospital ni kecik je. bukan besar mcm HKL (Hospital Kuala Lumpur). Cafe dekat, kerusi untuk menunggu pun ada. Ruang menunggu untuk keluarga pun ada tau. tapi terpisah dengan pagar... Boleh la kaum kerabat nak datang ziarah ke di luar waktu melawat. cuma terpisah dengan pagar je. Jadilah kan... dari tak dapat melawat langsung. hahahaa...

Suami nak masuk sekejap boleh lah (di luar waktu melawat). Nurse masih pertimbangkan lagi untuk bagi suami masuk atau ahli keluarga lain masuk tapi sekejap jelah. Sejam Dua jam memang kena tegur... hehehee...

Saya tak boleh baring atau duduk. mesti kena tgur dengan nurse minta banyak berjalan. Baru masuk tak sampai 3 jam. Nurse mcm-mcm senaman suruh saya buat. Saya nak jalan-jalan kat luar wad pun mereka izinkan. memang saya lepak lah dengan suami di luar wad. cuci mata dalam kawasan hospital. Kau ado...? hahahaa...

Esok pagi, saya mula rasa sakit sangat. Tiap kali sakit saya akan beritahu nurse. Nurse akan periksa bukaan laluan kita. 4cm! tak lama dah ni... nurse minta saya tenangkan diri, doa banyak-banyak... mandi segarkan badan, gosok gigi bagi kita segar.

Percaya atau tak memang saya ikut semua arahan nurse tu... orang lain 4cm tak boleh nak berjalan. Saya mandi sorang-sorang lagi. Bila lama sangat duduk dalam bilik air, nurse akan datang tengak kita tau. Bukan dibiarkan kita... Staff kat sini masa saya bersalin la memang mesra... Alhamdulillah... saya tak terjumpa dengan nurse yang sindir-sindir tu lah... tak kena lagi... Lega...

Dah tiba masa nak bersalin, nurse tengak bukaan dah 8cm. Dia tanya saya ada rasa nak buang air besar kecil. Kita jawab jelah ape yang kita rasa masa tu dengan jujur. Jangan nak bohong pulak... Jadi lain kang... 

Welcome Mohd Haikal Mohd Hafiz
Sambut kelahiran di sini semua dilakukan oleh staff perempuan. Jangan risau ye... aurat kita masih di jaga. Meraka memberi semangat kepada kita. Bersungguh-sungguh mereka bekerja keras nak selamat kan kita dan bayi. Layanan mereka terbaik. In syaa allah...

Welcome Mohd Haikal Mohd Hafiz
Haikal keluar je terus staff "Alhamdulillah....". Ehh macam ramai je. Buka mata tengak ramai staff nurse termasuk practical sekali. "10 orang semuanya termasuk kita berdua..." kata suami. Masa teran saya tutup mata. Takut darah punya pasal. sebab itulah tak perasan. Ohh... ramai rupanye ye... malu ibu Haikal. hehehee...

Lepas gunting tali pusat, staff letak anak kita di dada. Hilang rasa sakit weiii... bila tengak tatap wajah anak.. Allahuakhbar!

Haa... lagi satu Hospital Kuala Kangsar ni suami boleh masuk masa kita bersalin tu. Bukan semua hospital benarkan suami teman isteri ketika bersalin. Sebab itu lah Hospital Kuala Kangsar ni jadi pilihan kami sebab dekat dengan rumah mak, anak jati KK dan mesra pengguna. Lagi pulak wad bersalin tak padat dengan pesakit. Tenang je... Memang la tenang, dah dalam wad 5-7 orang je pesakit nye.. hahahaa... Seronok staff kat sini. Keje tak stress mcm Hospital Besar lain. Terlampau ramai pesakit dan nak melayan karenah pesakit semuanya mana cukup tangan. Boleh terganggu emosi tau...

Anak kita memang mereka dah bersihkan, siapkan dengan kain baju. cuci bersih-bersih. Kain baju anak kita yang sediakan. Bukan hospital ye... 

Barang-Barang bayi yang diperlukan/dibawa masuk ke bilik bedah adalah :
- baju sepasang (saya letak romper sehelai)
- sarung kaki dan tangan sepasang
- kain bedung sehelai
- pampers 2
- napkin sehelai (saya guna untuk tutup ubun ubun)
- bekas/beg plastik untuk simpan uri anak (bekas kalis air tau. plastik tu biar lah sederhana besar. Jangan kecik sangat)

Barang ini je.. bukan banyak pun. taruk jelah dalam beg plastik pun takpe. asalkan ada. jangan takde ye... pening hakak hakak nurse tu melilau mencari keperluan anak kita. Memang mereka ada sediakan tapi kain napkin je. bukan baju...

Tak payah nak letak 2 ke 3 pasang baju. Diorang takde masa nak memilih baju mana yang cantik ke untuk anak kita. Staff nak cepat. Lagipun sebelum masuk bilik bedah, mereka akan semak barang keperluan bayi. Mana yang cukup mana yang terlebih.

Staff siapkan Haikal bersih dan kemas berbedung, mereka berikan pada saya untuk menyusukan Haikal. Minum sikit je... tak lama pun. Nak tido je keje nyer...

Staff minta suami keluar. Suami uruskan hal uri dan isi borang anak pulak...

Lepas tu mula lah sesi menjahit. Lama juga la jahit. Staff yang menyambut kelahiran anak saya ni memang baik. Sambil Jahit tu dia sembang-sembang dengan saya. Nak elak saya dari ngilu jarum dan terlena sebab ubat bius...

Dah selesai semua, saya dibawa ke katil. Perlahan-lahan staff alihkan saya. Saya pun rasa ngilu kesan jahitan. Tapi saya ada pendarahan sedikit. Sampai katil dah selesa baring nurse beri Haikal untuk susu lagi sekali sampai kenyang. Setengah jam lepas tu, saya nak tukar pad, rasa tak selesa. Jadi nak pergi lah toilet kan. Nak bangun pun sakit pinggang tau. Darah mengalir banyak. Ok... memang saya ada pendarahan sedikit. Staff kelam kabut bantu saya duduk sebab nak tumbang dah. Staff beri saya minum milo manis. Siap suap lagi... Dah terbaring tak mampu nak bangun apatah lagi nak berdiri. Memang la kena suap. hehehee...

Minum Milo ni untuk tambah tenaga katanya sebab gula dalam darah jatuh. Hmmm... semasa mengandung gula dalam darah over. Lepas bersalin jatuh plak. Lumrah ibu mengandung... Mula lah, nak pergi toilet pun staff temankan tau. Guna kerusi roda lagi. Pintu toilet staff tak kasi kunci. takut kita pengsan. "jangan kunci dik... kamu pengsan dengan mak cik sekali pengsan nak mengangkat kamu..." senyum nurse tu. Saya anggung kan je tanda faham...

Alhamdulillah anak kencing berak. Lega. Boleh balik!!!
Cuma anak kencing berak ni memang kita lah yang kena tukar, kena cuci. Staff tak layan ok... Anak kita kan. cuci jelah. Sakit-sakit pinggang pun. Kita layankan aje... Sakit sekejap je... Bukan lama. Itu lah yang bermain dalam fikiran saya. Saya pasrah.. Cewahh...

Apa lagi... tunggu abah Haikal ambik jelah... memang seronok dapat balik rumah... Bil yang kena RM70.00. Ini pada 17hb Disember 2015 tau. Sekarang takrif bil perubatan dah berubah.... Tak sama ye...

SEMOGA PENGALAMAN SAYA INI MEMBERI MANFAAT UNTUK BAKAL IBU DI LUAR SANA. NAK BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN.. MANA-MANA PUN BOLEH... ASALKAN TAHU TATACARA HOSPITAL TU.. tak semua hospital sama tau... 

Yang penting kesihatan kena jaga, emosi kena kawal sebaik-baiknya. Moga-moga para ibu dapat bersalin dengan mudah...

Terima Kasih staff Hospital KK...









Friday, 13 January 2017

PADANG BESAR 2017

Assalammualaikum...

Kali ni kami sekeluarga berpeluang ke PERLIS. yelah... bukan senang nak kumpul semua sekali. lagi pulak dah kawin kan... masing-masing ada tanggungjawab dan peranan dalam keluarga sendiri. So... ni travel kecil kami. PADANG BESAR dan NAT POKOK GETAH. Kat sini al-kisah padang besar jelah ye. Nat Pokok Getah kita sembang lain hari. heheheee...

Kami bukan bercuti sakan pon. Kami rindu dengan mak su kami kat Felda Rimba Mas tu. mak su comel kami... dah dekat sangat kan dengan padang besar dan nat pokok getah. ape lagi... kami berjalan-jalan le cuci mata... hilang sikit habuk dan stress kerja kan... hehehee...

PADANG BESAR, PERLIS.

Padang besar ni merupakan pekan bersebelahan dengan Songkla. Jika anda dari bandar Kangar, makan masa lebih kurang 30 - 40 minit perjalanan ke sini. Susah sangat anda waze je. Jika tak jumpa juga cari waze ke UNIMAP. haaa... dari UNIMAP tu anda jalan terus akan jumpa Ladang Tebu Chuping (sejak tahun 1968 - 2013). Kiri kanan anda saujana hijau mata memandang. Tapi sejak tahun 2013 ladang tebu sudah tidak beroperasi kecuali Kilang Gula Felda Chuping yang beroperasi mengimport gula mentah dan menghasilkan gula putih untuk pasaran tempatan. Sekarang sudah bertukar ke tanaman getah dan sawit yang terbesar oleh Felda Global Venture Berhad.

Padang Besar memang terkenal dengan barang murah. Syurga buat orang perempuan shopping. Orang perempuan ni dapat barang yang dihajati dengan harga murah, lebih cantik dan berkualiti dari tempat lain. memang seronok berbunga-bunga lah hati tu kan... hehehee...

Motorsikal dari Thailand. Kebanyakkannya adalah pemilik peniaga di sini

Tandas disediakan. tapi kurang memuaskan lah bagi saya
Pekan Padang Besar ada sebuah kompleks bangunan yang dipanggil Arked Niaga. Orang sini slalu panggil Arked. ada juga kedai-kedai di luar Arked. Orang sini kata di luar Arked lebih murah dari dalam bangunan Arked. Gunakan kepakaran anda tawar menawar untuk dapat harga yang lebih murah. Pusing-pusing dulu cuci mata. Lepas tu tawar menawarlah ye. Jangan risau.. barang tak kan habis!!! Jangan datang waktu cuti sekolah ye. RM1 pun belum tentu dapat kurang. lagi pulak ramai! Parking pun susah tau...

Rata-rata peniaga dari Thailand dan Malaysia. Berpuluh kedai dalam Arked ni. belum di luar lagi... 
                                                
Dalam Bangunan Arked Niaga
Target kami jersey football. memang murah. Gred AAA Rm40.00 - Rm55.00. tak kan anda jumpa harga serendah ini. kecuali di sini...

Tuan Kedai siap tunjuk Koleksi lagi


Jersey Rm20.00. nak lelong kasi habis!!! Rm10.00 pun ada...



Salah satu kedai jual Jersey dalam Arked Niaga
Target kedua saya baju anak lelaki intan payung saya ni. Baju baby lelaki lagilah payah nak cari yang cantik. Apatah lagi dengan harga yang murah. Tawar punya tawar dapat seluar harga RM40 untuk dua pasang.


Seluar umur setahun ke bawah. Rm20.00 - Rm30.00

Pelbagai beg wanita


Handbag gred AAA



Rambang mata tengak tau! Semua nak...

Pilihan di tangan anda. hehehee...

Gelang bersadur Emas, silver

Sabun kopi. tawar menawar dapat 8 biji Rm10.00 di luar bangunan Arked

Mainan jangan cakap la... banyak sangat...
Pin Jarum. Design meletop tau. Borong habis!

Sampai Padang Besar ni tak sah jika anda tak beli keronsang.
Buat bekal hadiah...


Sampai sini kena cuba makanan Thailand... Rugi tak cuba... Lagi satu, beli beras wangi Thai atau beras pulut di sini memang murah! Toto ke selimut ke tak payah beli lah kat sini. Sama je harga dengan Pasaraya Sakan. hahahaa...
Last sekali ape lagi.. kita bergambo le...


Keciknyer kami... hahahahaa....
MENGELUH SEKEJAP

Kami pusing punya pusing tiada peniaga yang jual jeans. Peniaga kata mata wang Malaysia terlalu rendah. Mereka tidak dapat keuntungan yang lumayan. Handbag pun paling murah RM80.00. Sebelum ni (2015) Rm50.00 dah boleh dapat gred AAA. Hmmm... Sabar jelah...

Apa-apa pun kena berhati-hati dengan pencuri/peragut/ kes culik kanak-kanak... memang berleluasa di mana-mana sekarang ni.. Anak tu jgn biar lepas. sentiasa pegang tangan atau awasi anak anda. Sentiasa berjalan dalam kumpulan anda. Nak jalan sorang-sorang pon boleh... dah berani kan. nak buat mcm mn... hehehe...

Terserah pada diri masing-masing nak jaga diri mcm mn... Ambil ikhtibar dengan apa yang terjadi pada orang lain... 

Kucing hilang pon kita menangis weiii.... Ini kan anak!!! Menyesal tak sudah. Dah la korang kat sempadan plak tu... Ingat tau!!! Jaga anak jaga diri.